Peringatan!

Sila klik 1 kali pada iklan di bawah ini. Terima Kasih:)

Monday, May 14, 2012 0 comments

Ulama Muda UMNO Sedia Bermuzakarah Dengan PAS

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal.

Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama
,”

Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.


p/s: Teringin jgk nk tgk muzakarah Presiden BN/UMNO dengan Presiden PAS secara live.
Sunday, May 13, 2012 0 comments

Manchester City Juara EPL Selepas 44 tahun

MANCHESTER: Akhirnya, Manchester City dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Queens Park Rangers di depan penyokong sendiri, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Roberto Mancini buat pertama kalinya untuk tempoh 44 tahun menjulang Piala EPL selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penutup liga musim ini.

Di sebalik kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Sunderland beberapa minit sebelum itu, jaringan penyerang Argentina, Sergio Aguero pada masa kecederaan melakarkan detik bersejarah buat penyokong Manchester City di Stadium Etihad.

“The Citizens” bergelar juara EPL musim ini berdasarkan perbezaan jaringan yang memihak kepada kepada Manchester City sehingga ke perlawanan terakhir liga.

SUMBER: AP/Premierleague.com
Tuesday, May 8, 2012 0 comments

Doktor Kehormat Untuk Ketua Menteri Melaka

ISNIN, 7 Mei 2012 - Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN Suska) secara rasmi memberi anugerah Doctor Honoris Causa (HC) kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, di Auditorium Islamic Centre UIN Suska, Jl. HR Soebrantas, No. 155 Pekanbaru, Riau, Indonesia. Penganugerahan Doktor Kehormat dalam bidang Politik Islam tersebut dirasmikan oleh Rektor UIN Suska, Prof. Dr. H.M. Nazir.

Nazir berharap, dengan penganugerahan Doctor HC kepada Ketua Menteri Melaka, akan menambah dan mengukuhkan pembinaan umat khususnya dalam ruang lingkup Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Selain itu, UIN Suska merupakan pusat pengajian tinggi yang salah satu core pendidikannya pada kajian Tamaddun Melayu dan Islam sebagai langkah menuju World Class University.

"UIN Suska secara akademik sudah lama mengamati Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, karya-karya yang diterbitkan mahupun pemikiran-pemikirannya. Dan ketika dibawa ke sidang senat universiti, semua setuju dan kami akan membentuk pasukan teknikal untuk mewujudkannya. Kami juga mendapat motivasi dari Gabenor Riau yang memberikan cadangan bahawa beliau layak untuk mendapat gelaran Doktor Kehormat ", kata Nazir.

Sementara itu, Datuk Seri Haji Mohd Ali dalam pidato ilmiah usai penganugerahan memaparkan, undang-undang (Islam) harus menjadi landasan kerajaan dalam membina hubungan dengan rakyat. "Inilah yang menjadi teras dalam pelaksanaan siyasah syariah (politik islam) yang menjadi tonggak dalam pembinaan negara yang dituntut oleh Islam", kata Presiden DMDI itu.

Penekanan siyasah syariah yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, kata Mohd Ali, sangat signifikan dan diperlukan dalam mewujudkan negara yang sentosa, makmur dan dirahmati Allah. "Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan menyeluruh. Menerusinya terkandung hukum-hakam yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan politik dan segala cabang keperluan hidup", tegasnya.

Datuk Seri Haji Mohd Ali juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada UIN Suska Riau atas anugerah tersebut. "Dengan penganugerahan ini, akan memotivasi saya untuk membangunkan kesinambungan martabat Melayu di peringkat sejagat yang lebih mencabar lagi", katanya.

Simbol Hubungan Bilateral

Penganugerahan Doctor HC kepada Ketua Menteri Melaka tersebut, menurut Gabenor Riau, H.M. Rusli Zainal, tidak hanya menjadi simbol akademik tapi juga simbol persaudaraan dua negara Indonesia-Malaysia. "Dimana dalam praktiknya momentum tersebut sedang dilakukan UIN Suska (Riau) dengan Melaka", katanya.

Rusli menambah, Datuk Seri Haji Mohd Ali merupakan tokoh yang sangat berjasa dalam tumbuh kembangnya Politik Islam di rantau Asia Tenggara, sehingga layak untuk mendapat gelaran Doktor Kehormat. "Pemberian gelaran ini merupakan sebuah pengakuan akademik yang dilandasi kajian mendalam", kata Rusli yang mendapat gelaran serupa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2010 lalu.

Kajian mendalam terhadap gelar Doktor Kehormat tersebut juga diakui oleh pasukan promoter yang terdiri dari Prof. Dr. Munzir Hitami MA, Prof. Dr. H. Sudirman M. Johan MA dan Prof. Dr. H. Alaidin Koto MA. "Perhatian dan pemikiran beliau dalam bidang pendidikan, politik dan DMDI patut untuk mendapat kehormatan", kata Alaidin Koto mewakili pasukan promoter.

Menurut Alaidin, dengan berkembangnya DMDI di masa kepemimpinannya, umat Melayu merasa kembali mencari kebesaran martabat kemelayuannya sebagai sebahagian daripada peradaban dunia. "Inilah di antara jasa besar yang dimainkan oleh Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam bersama tokoh-tokoh umat Melayu lain di rantau ini", ujarnya.

Selain itu, Datuk Seri Haji Mohd Ali selama ini mempunyai peranan besar dalam menjalin hubungan kerjasama yang baik antara Melaka dan Riau. "Berdasarkan pertimbangan itu, maka UIN Suska Riau membuat kesimpulan bahawa beliau sangat patut dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat Honoris Causa di bidang Politik Islam", ulasnya lagi.

Selain Gabenor Riau, acara tersebut juga dihadiri Ketua DPRD Riau Djohar Firdaus, Timbalan Gabenor Riau HR Mambang Mit, Walikota Pekanbaru Firdaus MT, bekas Gabenor Riau Saleh Djasit, Konsul Malaysia di Pekanbaru Zamani Bin Ismail, Tokoh Masyarakat Riau, Bapak Tenas Efendy, dan lain-lain. Sementara dari UIN Suska sendiri hadir kalangan pegawai di peringkat universiti dan fakulti, pensyarah, kakitangan dan ratusan mahasiswa.
 
SUMBER: UIN Suska News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
;